Assalamualaikum semua..^_^
Malam ni saya nak share zikir dan doa pelembut hati suami dan anak-anak.
1) Zikir ni sangat elok diamalkan oleh isteri-isteri yang ingin lembutkan hati suami.
Ya Aziz (Yang Maha Mulia)
Ya Jabbar (Yang Maha Perkasa)
Ya Mutakabbir (Yang Maha Megah)
Selepas membaca ketiga-tiga zikir ini beberapa kali, hembuskan ke suami ketika suami
tidak perasan. Atau isteri boleh membacanya ketika suami tidur. Selepas membaca zikir-zikir
ini, hembuslah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Berdoalah mudah-mudahan
hati suami anda menjadi lembut. Bila hati sudah lembut, mudah untuk isteri berbincang
dengan suami sekaligus merapatkan hubungan suami isteri. Zikir ini juga boleh diamalkan
untuk melembutkan hati anak-anak. In sha Allah, selepas amalkan zikir-zikir ini hati suami dan

anak-anak menjadi lembut.
2) Selain daripada zikir-zikir di atas, isteri juga boleh mengamalkan doa nabi Daud. Baca 3x.
"Ya Allah, Kau lembutkanlah hati suamiku ( sebut nama suami) seperti mana Kau
lembutkan besi"
3) Ayat 200 Surah Al-Imran
Maksud ayat :
Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan
bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.
Ayat terakhir daripada surah Al-Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak atau
menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut. Ini bertujuan untuk
melembutkan hati suami dan anak-anak.
4) Dan ayat yang terakhir ialah ayat 30-31 Surah An Naml. Yang bermaksud semut.
Maksud ayat:
" Sesungguhnya, surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi) nya: Dengan
menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah
kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-
orang yang berserah diri".
Ayat ini pula dibaca dan dihembus ke muka tau ke arah orang yang dimaksudkan secara
berdepan. Ayat ini bertujuan utntuk mengatasi masalah anak-anak contohnya tidak mendengar
kata, degil ,tidak hormat kepada ibu bapa dan lain-lain masalah.
Semoga kita semua dapat mengamalkan zikir-zikir dan ayat-ayat Al-Quran ini.
Dan semoga kita dikurniakan suami dan anak-anak yang lembut hatinya dengan izin-Nya.
nice sharing... boleh cuba diamalkan untuk my littleboy yg ske meragam...
ReplyDeleteTq.. Blh bt utk anak...
ReplyDelete